a beginning of an awesome adventure!

a beginning of an awesome adventure!

Tuesday, May 29, 2007

Ewah, hebatnya!

Hebat sungguh kamu semua berpantun,
Ilmu berpantun di tahap dewa,
Tetapi kita semua Harimau Taman Tun,
Memang sudah bijak, usah bertapa.

Harimau yang belum menulis lagi,
Sila cuba sekurang-kurangnya sekali,
Berbalas pantun sepanjang hari,
Kegembiraan bersama boleh kita nikmati.

Lima tahun di sekolah menengah,
Ilmu berpantun mesti dipelajari,
Berbalas pantun bukannya susah,
Yang perlu hanya sedikit inspirasi.

Sudah lama saya di Amerika,
Barang mahal, saya hampir muflis,
Walaupun Bahasa Malaysia jarang diguna,
Berangkap pantun dapat saya tulis

Ini kerana saya ingati,
Bahasa Malaysia bahasa kita,
Tidak pernah lupa di hati,
Dari mana datangnya saya.

Tanahairku amat ku rindui
Dengan adanya kawan yang disayangi,
Walau kemana ku pergi,
Kenangan bersama akan diingati.

Otak saya sudah tepu,
Tiba masanya untuk berhenti
Berbalas pantun tidak lagi saya mampu
Jumpa lagi di lain hari.

2 comments:

Jayzen said...

bagus!!! Bagus!!!! kehebatan masing masing memang tidak dapat dinafikan....

V|vac|ous said...

Sungguh menyentuh kalbuku!! touching sungguh !!! Banyak free time eh. xoxo

we'll roarsss ur socks off!!! AUUUUmmmmmm