a beginning of an awesome adventure!

a beginning of an awesome adventure!

Tuesday, May 22, 2007

Minta Perhatian

Perhatian Harimau-Harimau (dan singa betina) sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada harimau-harimau/singa betina sekalian atas usaha anda semua untuk memastikan blog ini masih lagi aktif dan tidak diabaikan. Pada mulanya, memang saya khuatiri blog ini hanya akan bertahan selama berberapa minggu dan kemudian tidak akan dipedulikan. Juga saya bimbangkan usaha dan tujuan untuk memulakan blog ini hanyalah hangat hangat tahi ayam. Tetapi akhirnya, yang hangat bukannya tahi ayam tetapi sambutan yang diterima blog ini.

Pada hari ini, blog yang kita mulakan genap 42 hari usianya. Selama 42 hari ini telah diterbitkan lebih kurang 80 utusan daripada harimau-harimau/singa betina sekalian. Jika dipukul ratakan, blog kita menerbit 2 utusan sehari. Mengikut statistik yang dikumpul saya, blog kita telah diliwat dilawat 1731 kali oleh 932 pelayar internet. Statistik juga menunjukkan kebanyakan pelawat blog ini berasal dari Malaysia, diikuti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Memang statistik yang dikumpul ini termasuk harimau-harimau/singa betina sekalian yang sering melawat blog ini tetapi ini hanyalah bilangan yang kecil jika dibandingkan jumlah pelawat yang diterima. Kita juga menerima pelawat dari negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol, Portugal dan Belgium.

Oleh kerana sambutan hangat yang diterima blog ini, saya berharap harimau-harimau/singa betina sekalian akan terus menerbitkan utusan-utusan yang menarik dan menghiburkan. Terbitlah apa yang anda suka asalkan tidak melampaui batasan etika blogging. Seperti biasa, utusan-utusan yang mencaci dan menghina secara peribadi tidak akan dilayan atau dibenarkan. Juga, untuk menjadikan blog kita lebih sesuai untuk pelawat-pelawat muda, saya beharap harimau-harimau/singa betina sekalian akan menggunakan bahasa yang sesuai dalam utusan anda. Bukannya utusan atau perkataan yang kasar dan lucah unsurnya tidak dibenarkan, tetapi diharapkan perkataan-perkataan tersebut digunakan sekurang mungkin.

Adalah harapan saya blog ini akan menjadi tunas perpaduan dan kekitaan kepada harimau-harimau/singa betina sekalian untuk selama-lamanya. Walaupun lumrah kehidupan telah mengasingkan kita, kita tidak pernah melupakan satu sama lain. Jauh di mata, dekat di hati kata peribahasa. Semoga kita akan terus memastikan blog ini menjadi sumber kegembiraan kepada harimau-harimau/singa betina sekalian dan pelawat-pelawat blog ini.

Sekian, terima kasih.

-Gregs

13 comments:

V|vac|ous said...

OH MY GOD BM A1 MAN !!!! AM BOODY IMPRESSED ! tunas perpaduan, kekitaan, khuathir ! WHOOAAAAA GREGS U DID MALAY SASTERA AS A SUBJECT KE ? IM GIVING U THE CAP MOHOR AS THE BEST POST TO DATE !!!!
HIDUP GREGS !!!!
DAULAT !

el_fuser said...

Daulat... but look at the main idea, this blog is doing quite well.. very well.. kudos to the tigers and the lioness here... are there any lions here??

Maharaja said...
This comment has been removed by the author.
Maharaja said...

hmmmm...somehow i doesnt sounds right on second read...ei,u sure not this wan not a template ah? hehe

Alex said...

is this ur best attempt greg? after all those years of tuition.. how can??

Greg said...

Did not meant for the whole thing to be in BM. Originally just the title is suppose to be in BM, then somehow i wrote Perhatian harimau-harimau yada yada yada.... So i thought might as well just continue the whole post in BM.

lick knee. said...

eh, what BM tuition did you go to?

eugene said...

fuyoh! the bm top notch ok... hebat!
syabas man, money well spent. muahhaa!

12sins said...

wow..damn hebat...the last essay that we might have wrote is probably during form 5..after all these years you still have the touch!!

V|vac|ous said...

Request for nother MASTERPIECE in BM soon ok

DineshG said...

gilaaaaa
banyak bagus lu punya bahasa melayu. saya belajar dalam kelas yg sama dan kelas tuition yang sama dengan kamu. namun, sesetengah perkataan dalam "posting" kamu itu tidak saya fahami.
:P

i tried...

Greg said...

aiyo, kita tuisyen bm sama ka? gua lupalah. lu tak cakap gua pun tak ingat.

Maharaja said...

antara bebanyak kiriman(post) di sini.. inilah kiriman yang dapat menarik perhatian kanak - kanak harimau dan singa betina termasuk sesetengah harimau yang jarang bersuara..lu caya la brader!!

we'll roarsss ur socks off!!! AUUUUmmmmmm