a beginning of an awesome adventure!

a beginning of an awesome adventure!

Tuesday, August 28, 2007

Hari ini hari selasa ya?

Harimau-harimau sekalian,

Sudah lama kita semua tidak menulis utusan dalam Bahasa Malaysia walaupun utusan ditulis pada hari selasa. Sebenarnya tidak ada apa-apa yang boleh saya tulis dalam blog ini. Saya cuma mahu menunjukkan kepada harimau-harimau sekalian berapa orang yang sebenarnya membaca blog ini.


Seperti yang anda lihat, dari permulaan blog ini sehingga awal bulan Jun, blog ini mendapat sambutan yang baik secara purata, dengan lebih kurang 40 pelawat unik sehari. Bahagian graf yang menunjukkan sebanyak 160 pelawat sehari itu boleh diabaikan, kerana blog kita mencapai tahap yang tinggi pada hari itu atas kesilapan teknikal. Tetapi selepas bulan Jun, sambutan untuk blog ini turun sehingga tahap sekarang iaitu lebih kurang 20 orang pelawat sehari. Daripada 20 pelawat itu, setengah daripadanya adalah harimau sendiri dan ini bermakna hanya lebih kurang 10 orang sahaja yang betul betul pelawat unik.

Laporan berakhir di sini. Diharap harimau-harimau sekalian akan terus memberi sokongan kepada blog ini dengan menulis utusan-utusan yang menarik, walaupun kunjungan ke blog ini semakin merosot.

Sekian, terima kasih.

No comments:

we'll roarsss ur socks off!!! AUUUUmmmmmm