a beginning of an awesome adventure!

a beginning of an awesome adventure!

Tuesday, July 3, 2007

Lalat??

Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.

...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah kalian
mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini.
Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal...'
atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik
ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau '
Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak
ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi
sinonim dengan kehidupan kaliansehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2
hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah
dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana
Muda Makanan dan Sampah Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,
cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah
sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan
yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku singgah sebentar
di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan
itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki
hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebihkotor,
lebih celaka !. Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan
maki hamun di dalam hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi
Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang
dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih
hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil
kawan-kawan aku. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku
menyapu-nyapu tanganku sebelum menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan
kalian yang langsung tidak membasuh tangan. Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.
Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong
sampah belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku
memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk
di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.
(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan
lalat). Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,
berita rogol, bunuh, culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku
terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.
Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku
hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh
manusia,kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat
terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang
memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada
selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam
tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan kalian tapi kenapa titik-titik
hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening
aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni
bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi
maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu
burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini
aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari
dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian
tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari
dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal
dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,
aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu mencari
tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran. Bukan tempat yang terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu, aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin terkena
hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat
sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca
cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia
sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya
membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah cerita
tentang entah apa-apa..' bisik hati kecil aku.

Manusia, manusia... Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih
lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang
ending cerita lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.
Entahlah.... ...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat. (kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia
yang membaca cerita ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari
kot-kot ada lalat...)

2 comments:

Jayzen said...

babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

buang masa aku membaca kisah lalat... cibek...

Maharaja said...

thank you for ur time.

we'll roarsss ur socks off!!! AUUUUmmmmmm