Seorang penumpang berada di atas kapal terbang yang sedang terbang melintasi Lautan Hindi. Di sebelahnya sedang mengelamun seorang lelaki separuh umur. Penumpang ini pun bertanya kepada lelaki di sebelahnya itu, "Encik orang Melayu ke?". Lelaki itu menoleh kemudian berkata dengan yakin "Bukan!". Penumpang tadi berasa kurang puas hati. Dia bertanya sekali lagi, "Awak ni bukan orang Melayu ke?". Lelaki tadi memandangnya dengan renungan yang tajam, "Saya kata bukan, bukanlah".
Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi, "Encik pasti bahawa encik bukan orang Melayu?". Lelaki itu tidak menjawab. Tetapi dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Selepas itu dia mengeleng-mengeleng kan kepalanya. Dalam hatinya berkata "Tak faham Melayu ke dia ni. Nampak macam orang Melayu".
Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi "Encik, adakah encik orang Melayu?". Lelaki itu akhirnya menjawab dengan rasa bosan tetapi yakin, "Ya!, saya orang Melayu". Selesai dia menjawab, penumpang tadi ketawa berdekah-dekah. "Kah! Kah! Kah!". Lelaki itu kemudian bertanya "Kenapa awak ketawa?". Jawab penumpang itu sambil terus ketawa besar "Kah! Kah! Tapi rupa awak tak nampak macam rupa orang Melayu". "Kah! Kah! Kah!" dia terusan ketawa.
6 comments:
Ini cerita original atau kau potong dan tampal dari tempat lain? kelakar laa..
i tak faham.
susah sikit nak faham..
ini tampal punya.
kepada korang yang tak faham..silalah ikuti instuksi.
1.Hisap Rumput
2.Hisap Rumput
3.Hisap Rumput
lepas itu mesti faham macam Greg.
Eh saya tak hisap rumput lah. Mula mula pun saya tak faham, tapi lepas saya "tune down" otak saya sedikit, terus saya faham.
I think rajen's just getting tired of ppl mistaking him for a melayu
wei get a t-shirt that says u're chindian la..put an end to all of this
pointless blog posts won't help
Post a Comment