a beginning of an awesome adventure!

a beginning of an awesome adventure!

Thursday, November 15, 2007

For the sake of nostalgia


I was looking through my old folders and I came across a couple of stuffs of the good ol' days. To the rest of the Tigers, I apologize as I only have 5 Alpha material. If any of you guys have 5 Beta material you should post it up also. First thing is this photograph. It's a first generation scan from a somewhat primitive scanner by today's standard. Although it is dated October 20th 1999, I'm pretty sure it's a year 2000 picture because our form teacher is that Bio teacher (whatever her name is). Our form teacher for 4 Alpha is Puan Rashidah. We look like a bunch of slackers don't we? I can remember all the guy's name but I can't remember all the girls, so if someone could help me out it'll be perfect.


Guys standing, left to right: Hazwan, Dinesh, Chett Ee, Mal, Nick, Greg, Albert, Ahmad, Zain, Alif, Liew, Zul & Hadi.
Guys seating, left to right: Eugene, Edris & Rafeek

Apart from the padang Burhan regulars, where are the rest of them? What about the girls? Anyone has any idea where they are and what they are doing now? Omg, If I hadn't looked at this picture I would not even remember Amelia Yeoh existed. Where is she now huh?

And of course, I found something, probably written by Azlynn if I'm not mistaken, meant to be published in Sasteramas. I dunno why i have the draft copy with me. With the benefit of hindsight, it is a pretty embarrassing piece for some people especially the part in regard to your's truly. But for the sake of nostalgia, I'll publish it here anyways.

Kuala Lumpur-13 November 2020

Majlis gilang-gemilang, Reunion Bekas Pelajar 5 Alpha sesi 2000 telah diadakan di Hotel Pink Flamingo, Kuala Lumpur, hotel bertaraf antarabangsa milik Datin Nur Ashikin Rahmat, dan diadakan pada 13 November bagi memperingati hari Armageddon, exam SPM 2000. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim dikalangan bekas pelajar 5 Alpha di samping berkongsi pengalaman hidup setelah hampir lebih 20 tahun terpisah.

Di antara tetamu yang hadir adalah; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Zulkarnain Zulkifli. Sebelum berkecimpung dalam bidang politik, Datuk Zul begitu dikenali sebagai Cactus Zack yakni ahli gusti (wrestling) profesional. Beliau telah memenangi banyak title seperti Malaysian Wrestling Federation (MWF) Champion juga mengharumkan nama negara setelah memenangi WWF Championship. Kini, beliau lebih menumpukan perhatian di pejabat dan berusaha membantu remaja agar tidak lalai dan melakukan kerja- kerja yang tidak berfaedah.

Di luar Hotel Pink Flamingo,kelihatan berduyun-duyun peminat membanjiri kawasan sekitar. Mereka sedang menanti dengan penuh sabar kehadiran pelakon sensasi See Chett Ee atau nama glamournya Aaron Chett. Kutipan filem terbarunya, ML2 – Smoke Underwater telahpun mencecah jutaan ribu ringgit. Mr. Chett kini sedang sibuk menjalani shooting filem terbarunya ‘Sleeping Child’ di Hong Kong. Celebriti yang turut di tunggu-tunggu oleh peminat, tak lain dan tak bukan adalah pengurus kepada girl band baru, G2G yakni Encik Gregory. Beliau telah menerbitkan album G2G yang berkonsepkan hijaukan bumi bertajuk ‘Shades of Green’. Encik Gregory telah pun mendirikan rumah tangga dengan Marit, bekas penyanyi antarabangsa pada satu ketika dahulu.

Di kalangan tetamu di majlis ini, kelihatan Encik Eugene Yap sedang berbual-bual dengan Encik Abdul Hadi yang kedua-duanya sememangnya tidak asing dalam arena sukan negara kita. Encik Eugene merupakan coach pasukan Basketball negara, Malaysia.Baru-baru ini Encik Eugene telah berjaya mengharumkan nama negara setelah pasukan bimbingannya meraih emas dalam acara bola keranjang di Sukan Olimpik 2020.Ia merupakan emas pertama buat negara setelah sekian lama menunggu. Encik Hadi pula telah melonjakkan namanya sendiri sebagai pemain golf nombor 2 dunia, satu tangga di bawah adiknya. Beliau telah menggunakan kemahiran Add Mathsnya untuk menentukan koordinat serta kebarangkalian apabila bermain golf.Untuk pengetahuan semua, Encik Hadi masih lagi membujang dan segala gossip liar yang di lemparkan kepadanya adalah palsu belaka.

Di meja utama kelihatan Datin Raja Nor Liyana bersama suaminya, seorang eksekutif di syarikat telekomunikasi (017) utama dunia. Datin Raja ketika ini merupakan aktivis masyarakat yang membantu golongan wanita ditindas. Turut serta di meja yang sama kelihatan model terkenal dunia, Saudari Ainul Yakin. Beliau sedang berbincang bersama peguam yang juga merupakan rakan sekelasnya, Saudara Syed Zain mengenai kontrak terbaru rangkaian kosmetik yang ditawarkan kepadanya. Saudara Syed Zain sememangnya dikenali sebagai ‘Peguam Berbisa’ kerana berjaya dalam hampir kesemua kes yang dikendalikannya. Kes terbaru membabitkan penyelewengan Peperiksaan Matematik SPM yang di syaki dibocorkan demi kepentingan diri sendiri oleh sesetengah pihak.

Di atas pentas kelihatan dua jejaka kacak tetapi berumur sedang ber’jamming’ bersama-sama. Seorang merupakan Pyrotechnician atau lebih spesifik lagi sebagai pakar bom terkenal, Encik Alif Ahmad. Beliau yang berpakaian serba hitam di majlis ini kelihatan mengajar anaknya bermain gitar.Bersama beliau adalah Encik Edris Fahim,seorang jurutera perisian komputer. Permintaan yang begitu tinggi terhadap kepakarannya, membolehkan Encik Edris memperoleh pendapatan berjuta ringgit setahun. Namun demikian, beliau masih lagi mengamalkan cara hidup sederhana tanpa secalit rasa nerd dalam diri beliau. Encik Timothy yang baru sahaja pulang dari Geneva pula sedang berbual bersama Encik Hatta Hakimi. Encik Timothy telah menerima hadiah Nobel dalam bidang kimia setelah membuktikan kehadiran metil-heksena dalam liquid paper boleh membawa maut.

Di sebuah penjuru,beberapa orang doktor pakar negara, sedang saling bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan. Bekas Ketua Murid SMKTTDI 2000, Dr Mohd Rafeek Ismail,seorang pakar bedah, Dr Zurina Omar pakar anestetik, Dr Shafina Radiah pakar psikiatri dan Dr Felicia Oh yang membuka klinik dan makmal radiografi di serata dunia. Sedang menjamu selera pula Puan Ida Suriani, seorang pereka dalaman. Beliau telah pun mereka hias pelbagai landmark negara seperti Istana Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra dan beberapa hotel bertaraf lima bintang.Di sebelahnya,Puan Nawal Rafeza seorang arkitek berjaya dan telah mendapat pengiktirafan sebagai arkitek terbaik di Malaysia bersempena dengan Persidangan Seni Bangunan Sedunia.

Di meja bersebelahan,Ketua Wanita MCA, Datin Alice Tan bersama dengan Datuk Amelia Yeoh, Setiausaha Agung United Nations sedang berbicara hal politik dunia. Begitu juga dengan Datuk Nicholas Lee, jurucakap keamanan (spokesperson) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Namun, Datin Seri Dr Azlynn Ardilla, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia lebih rela bergossip bersama entrepreneur berjaya, Puan Nur Farah Abdullah yang telah pun membuka cawangan FFC (Farah’s Fried Chicken) yang ke-1000 pada minggu lepas.

Encik Dinesh, pemenang kesemua Hindi Awards yang membabitkan dirinya, dalam Pesta Filem Bollywood terpaksa membatalkan temujanjinya bersama produser filem di Mumbai, India semata-mata kerana ingin bersua semula dengan rakan lamanya Encik Liew Way Kiat. Encik Way Kiat, seorang pengarah urusan syarikat penerbitan filem dokumentari dan dokumentari terbarunya memaparkan beberapa fosil dinosaur yang telah dijumpai dan digelar ‘Barney’. Spekulator matawang asing terkenal, Tan Sri Albert Tan juga turut hadir di majlis reunion ini.Pengasas fahaman Kiasunisme ini sedang dalam proses membuktikan bahawa kepercayaannya itu dapat membantu negara mengatasi krisis ekonomi negara yang melanda pada tahun 2015 lalu. Beliau bukan sahaja membantu menstabilkan ekonomi negara tetapi juga ekonomi negara luar. Chairman Perusahaan Otomobil Nasional (PON), Tan Sri Zohair Akmal dan pemegang syer terbesar syarikat hartanah, Tan Sri Ahmad Fadhly sedang sibuk membincangkan projek yang bernilai berjuta-juta ringgit. Pembinaan kilang itu dikatakan akan memberi pulangan yang lumayan kepada kedua-duanya. Encik Hazwan,seorang pereka lama web terkemuka telah pun mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila laman web yang diusahakannya mendapat tempat di hati semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pemuda.

Puan Malinder Kaur,jurutera telekomunikasi terbaik di Malaysia bersama Puan Teh Nor Aliaa sedang sibuk berbual-bual.Puan Teh Nor Aliaa telah menubuhkan Syarikat ‘Switch’ yang telah menjadi jam rasmi sempena Sukan Olimpik 2020 khususnya dalam arena renang.Beliau mendapat inspirasi untuk membuka syarikat ini setelah berkahwin dengan Ian Thorpe Jr, perenang kebangsaan negara.Turut serta, Datuk Ungku Izmin Farah, Menteri Perpaduan Masyarakat.Beliau sedang berusaha gigih dalam membantu menyatupadukan rakyat setempat.Beliau turut dibantu oleh Puan Susan, seorang ‘Missionary’. Beliau banyak membantu dalam menjaga kebajikan rakyat terutamanya kanak-kanak terabai.

Begitulah kiranya majlis Reunion bekas para pelajar 5 Alpha sesi 2000. Majlis yang diserikan dengan kehadiran ramai ahli perniagaan, Menteri-menteri, dan golongan professional ini bukanlah untuk berbangga ataupun bermegah diri. Tapi hanyalah sekadar secalit kejayaan bekas pelajar 5 Alpha hasil bimbingan dan tunjuk ajar guru-guru SMKTTDI.

Reminisance 5 Alpha


I don't know which crystal ball the writer(s) referred to but apart from "Datin Raja Nor Liyana bersama suaminya...." section, everything else is pretty much hogwash. But prophetic messages was not the intention of this article. It is meant to be more of a symbolism of our teenage optimism towards our future lives; happy, prosperous and still being somewhat united. Lets try to keep it that way.

Okay, ball is on your court, 5 Beta 2K.

11 comments:

lick knee. said...

holy buddha almighty.

UN spokesperson? i am flattered and flabbergasted.

did this article ever see the light of day?

Twiggy said...

OMG, Gregory!! Hahahah..i love you man!! Quite some time ago, I told Azlynn that I wanted to post up that article of hers in my blog. She swore she'd strangle me if I did, hahahahahah!!

Ladies in the picture...
Standing from left : Shafina Radhiah, Teh Nor Aliaa, Ainul Yakin, Ashikin Rahmat, Felicia Oh, Nur Farah Abdullah, myself, Nawal Rafeza, Ida Suriani.

Sitting from left : Ungku Izmin Farah, Zurina Omar, Malinder Kaur, Azlynn Ardilla, Amelia Yeoh.

Some updates on those which I happen to stil keep track of :
Aliaa is @ Rothschild, Ainul is with a bank ( I've forgotten which one), Ashikin last I heard was studying in the UK, Farah is with TM, myself am at SIDC, Nawal is married, Ungku is studying medicine, Malinder and Azlynn is with Ernst & Young.

This article was published in our yearbook 2000. Juniors of the following years tried to imitate this article however none came close to being as impressive as ours. Kudos to Azlynn.

If you notice, hogwash as it is, most of the details held close relations to those named. For example, Hotel Pink Flamingo owned by Ashikin. That's because she used to be (and still is) crazy about the colour pink, Zul used to be crazy about wrestling, etc

Anonymous said...

omg. where did that come from?!

*hide*

-azlynn-

Greg said...

Yeaa, I still have the facial sketches Nick made for our Sasteramas center spread. The 4 alpha one year our junior copied that also, but they hire some professional sketch artist from central market, or so i heard. And guess what, it was pretty unimpressive also.

Hehe, as they say, imitation is the greatest form of flattery.

Greg said...

And yes, I more or less knew how those stories came about, but what I'm saying is that, 7 years on (if you look at the date, monday was exactly 7 years since SPM started for us) we have moved on so far astray from that picture perfect future we created for ourselves, Except for the part about you and Adam. :p

Not that it's bad or anything, but life is like a box of chocolate, you'll never know what you're gonna get.

Greg said...

I meant tuesday. Cause tuesday is Nov 13. Apparently 7 years ago from tuesday was when we started our SPM exams.

shah & drew said...

5 beta was too busy winning the science competitions to write stuff like that!

Hahahahahaha.

Rajen, where are you? Write something about us lah!

Twiggy said...

u still have the sketch greg?? post it up! post it up!! heheheheh...

lick knee. said...

one more thing, i had to draw out those damn portraits like a couple of days before SPM.
wasnt that nice? when i was all stressed out and everything? to have to draw faces of people distracting me from studying?

hehehe.
no hard feelings. no worries!
honest!

bastards.

howsurmother? said...

*yawn....Alpha Talk...boring!!
Beta Rulez!!!! muahahahahaahaha

Mel said...

OMG!! I know this post was up in November.. but I just came across it...hehehehe

Can't believe that the article is still around.

Hope everyone is keeping well!!!

-Malinder-

we'll roarsss ur socks off!!! AUUUUmmmmmm